English 中文 Indonesia Malaysia Philippines

Kecekapan Singapura sudah terbukti.

Berada di barisan hadapan ekonomi pengetahuan, reputasi Singapura dibina atas mutu, kebolehpercayaan, integriti dan peraturan undang-undang sambil ia terus mengekalkan antara taraf hidup yang tertinggi di dunia.

PENJAGAAN KESIHATAN

healthcare-500x500

Singapura merupakan sebuah hab perubatan antarabangsa dengan infrastruktur perubatan yang dinilaikan sebagai yang terbaik di Asia dan menduduki tempat pertama sebagai destinasi pelancongan perubatan kegemaran di peringkat global oleh Laporan Pelancongan Perubatan dan Kesejahteraan Dewan PHD 2013*.

 

  • Akses mudah kepada doktor pakar kanan yang berpengalaman
  • Pengkhususan yang tinggi dalam kader pakar
  • Ramai doktornya terlatih di hospital-hospital terkemuka di seluruh dunia
  • Penggunaan peralatan, teknik dan rawatan terkini

 

 

  • Singapura dinilaikan oleh Bloomberg sebagai yang terbaik antara 51 negara bagi sistem penjagaan kesihatan paling cekap
  • Menduduki tempat kedua di dunia bagi hasil penjagaan kesihatan oleh The Economist Intelligence Unit

 

Sumber: Lembaga Pelancongan Singapura

 


*
Sumber: Lembaga Pelancongan Singapura

PENDIDIKAN

education-with-textbox-my

Dengan kekurangan sumber semula jadi yang sangat ketara, satu-satunya kelebihan Singapura mengikut sejarah adalah tenaga kerjanya yang berpendidikan tinggi, inovatif dan bermotivasi. Semangat ini berterusan sehingga ke hari ini dengan sistem pendidikan yang disegani di seluruh dunia.

 

  • Universiti bertaraf dunia berhampiran anda
  • Ekosistem cemerlang bagi pendidikan yang berbilang budaya dan bahasa
  • Pengajian tinggi peringkat teratas pada kos yang lebih rendah berbanding banyak negara-negara lain
  • Mutu hidup yang tinggi di bandar kosmopolitan

portfolio_solutions_lower_risk1

Sumber-sumber: SPH – The Sunday Times,19 Mei 2013; British Council; Pusat Maklumat Pendidikan Amerika Syarikat (USEIC); www.studyinaustralia.gov.au; Kementerian Pendidikan

NOTA-NOTA:
Risalah ini bukanlah sebuah kontrak insurans dan semua data yang dinyatakan di sini hanyalah untuk tujuan maklumat. Walaupun Prudential Assurance Company Singapore (Pte) Limited (“Prudential”) telah melakukan segala usaha untuk menggunakan sumber-sumber yang boleh dipercayai, kami tidak boleh secara sendiri mengesahkan ketepatan data yang digunakan di sini. Pelanggan tidak seharusnya bergantung semata-mata pada maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini dalam membuat keputusan untuk melakukan sebarang transaksi kerana tiada apa yang terkandung di sini merupakan nasihat kewangan, pelaburan atau sebarang nasihat profesional yang lain. Kami mengesyorkan supaya pelanggan mendapatkan nasihat daripada Perunding Kewangan Prudential. Setakat mana dibenarkan sepenuhnya di bawah undang-undang Singapura, Prudential tidak menjamin dan dengan ini menafikan sebarang jaminan berhubung dengan ketepatan, kebolehpercayaan, maklumat terkini, bukan pelanggaran atau kesesuaian bagi sebarang tujuan tertentu mana-mana kandungan risalah ini. Risalah ini adalah untuk kegunaan di Republik Singapura sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai telah disediakan di luar Republik Singapura atau meyakinkan mana-mana pengguna di luar Republik Singapura untuk membeli sebarang produk insurans. Risalah ini tidak membentuk sebahagian daripada kontrak polisi atau nasihat, pelawaan atau cadangan kepada mana-mana individu untuk membeli sebarang kontrak insurans atau melibatkan diri dalam sebarang transaksi yang serupa yang dinyatakan dalam risalah ini. Maklumat adalah tepat pada 31 Mac 2017.

Back to Top