Melindungi diri dan aset anda sambil mengurangkan liabiliti anda memerlukan penelitian jauh dan persiapan. Mulakan dengan pelan kewangan yang komprehensif dan disesuaikan mengikut keperluan anda daripada Prudential.

Insurans ‘Keyman’      Pengurusan Aset      Perancangan Persaraan      Perancangan Pewarisan

 

INSURANS ‘KEYMAN’

 

Asas sebuah syarikat yang berjaya seringkali terdiri daripada beberapa orang utama yang menerajui kepimpinan dan visi yang mendorong pertumbuhan. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi, kehilangan walau seorang daripada anda boleh melumpuhkan syarikat.

Perlindungan ‘Keyman’ membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kehilangan pemegang jawatan utama dengan melindungi perbelanjaan kritikal. Ia juga merupakan insentif yang menarik untuk meyakinkan ahli pasukan teras anda supaya terus kekal bersama syarikat.

 

PENGURUSAN ASET

 

Anda telah bekerja keras seumur hidup anda untuk mencapai kekayaan. Inilah masanya kekayaan anda bekerja untuk anda.

Prudential Singapura mampu membantu anda mengembangkan kekayaan anda dengan model pelaburan ‘open-architecture’ kami. Ini bermakna anda akan melabur dalam hanya yang terbaik di luar sana kerana kami tidak terikat atau berkewajipan kepada pengurus dana dalam syarikat.

 

  

PERANCANGAN PERSARAAN

 

Masa tidak ternilai harganya. Kita harus memanfaatkan kesempatan-kesempatan yang menguntungkan segera, tanpa menunda-nunda. Dalam masyarakat yang cepat menua, bukan sahaja anda perlu menjaga kesihatan diri sendiri tetapi juga tanggungan anda. Malahan, kesihatan peribadi dan keluarga mereka telah disebut oleh 73.4% daripada individu Bernilai Bersih Tinggi dalam satu pungutan suara sebagai isu yang menjadi keprihatinan mereka*.

Dengan mendapatkan nasihat yang terbaik daripada pakar-pakar kewangan dan perubatan di Singapura, anda memastikan kesejahteraan fizikal dan fiskal anda untuk tahun-tahun yang mendatang.

*Sumber: Laporan Kekayaan Asia-Pasifik 2015, Capgemini dan Pengurusan Kekayaan RBC

 

PERANCANGAN PEWARISAN

 

Pelan pewarisan memastikan aset-aset anda kekal dalam keluarga dan mengagihkannya mengikut kemahuan anda. Bebas daripada kebimbangan tentang pembahagian kekayaan, anda dapat meluangkan lebih banyak masa di padang golf bersama rakan-rakan anda dan bukan di pejabat peguam merunsingkan tentang siapa dapat apa.

Untuk memastikan aset anda dibahagikan secara saksama, pertimbangkan untuk menggunakan polisi insurans. Dengan 85 tahun pengalaman di Singapura, Prudential berada dalam kedudukan yang unik untuk menasihatkan anda polisi paling sesuai untuk anda.

 

NOTA-NOTA:
Risalah ini bukanlah sebuah kontrak insurans dan semua data yang dinyatakan di sini hanyalah untuk tujuan maklumat. Walaupun Prudential Assurance Company Singapore (Pte) Limited (“Prudential”) telah melakukan segala usaha untuk menggunakan sumber-sumber yang boleh dipercayai, kami tidak boleh secara sendiri mengesahkan ketepatan data yang digunakan di sini. Pelanggan tidak seharusnya bergantung semata-mata pada maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini dalam membuat keputusan untuk melakukan sebarang transaksi kerana tiada apa yang terkandung di sini merupakan nasihat kewangan, pelaburan atau sebarang nasihat profesional yang lain. Kami mengesyorkan supaya pelanggan mendapatkan nasihat daripada Perunding Kewangan Prudential. Setakat mana dibenarkan sepenuhnya di bawah undang-undang Singapura, Prudential tidak menjamin dan dengan ini menafikan sebarang jaminan berhubung dengan ketepatan, kebolehpercayaan, maklumat terkini, bukan pelanggaran atau kesesuaian bagi sebarang tujuan tertentu mana-mana kandungan risalah ini. Risalah ini adalah untuk kegunaan di Republik Singapura sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai telah disediakan di luar Republik Singapura atau meyakinkan mana-mana pengguna di luar Republik Singapura untuk membeli sebarang produk insurans. Risalah ini tidak membentuk sebahagian daripada kontrak polisi atau nasihat, pelawaan atau cadangan kepada mana-mana individu untuk membeli sebarang kontrak insurans atau melibatkan diri dalam sebarang transaksi yang serupa yang dinyatakan dalam risalah ini. Maklumat adalah tepat pada 31 Mac 2017.

Back to Top