Beribu pejabat di London, Prudential merupakan nama yang dipercayai di Singapura selama lebih daripada 85 tahun.

  • Peneraju pasaran di Singapura yang menguruskan dana bernilai S$30 bilion
  • Disenaraikan di Bursa Saham Singapura dan bursa saham utama yang lain di seluruh dunia

 

Komponen utama hubungan anda dengan Prudential Singapura adalah komitmen kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik, di mana sahaja anda berada.

  • Perunding Kewangan berdedikasi yang akan menjaga keperluan anda
  • Kemudahan talian perkhidmatan pelanggan untuk bantuan atau maklumat yang anda perlukan di +65 6333 0333*
  • Manfaat eksklusif seperti perkhidmatan limosin apabila anda tiba di Singapura
  • Undangan khas ke acara-acara utama sebagai salah seorang pelanggan kami yang dihargai
  • Akses kepada hospital-hospital bereputasi tinggi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia menerusi gabungan khas kami

*8.30pg hingga 5.30ptg (SGT), Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum Singapura.

 

NOTA-NOTA:
Risalah ini bukanlah sebuah kontrak insurans dan semua data yang dinyatakan di sini hanyalah untuk tujuan maklumat. Walaupun Prudential Assurance Company Singapore (Pte) Limited (“Prudential”) telah melakukan segala usaha untuk menggunakan sumber-sumber yang boleh dipercayai, kami tidak boleh secara sendiri mengesahkan ketepatan data yang digunakan di sini. Pelanggan tidak seharusnya bergantung semata-mata pada maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini dalam membuat keputusan untuk melakukan sebarang transaksi kerana tiada apa yang terkandung di sini merupakan nasihat kewangan, pelaburan atau sebarang nasihat profesional yang lain. Kami mengesyorkan supaya pelanggan mendapatkan nasihat daripada Perunding Kewangan Prudential. Setakat mana dibenarkan sepenuhnya di bawah undang-undang Singapura, Prudential tidak menjamin dan dengan ini menafikan sebarang jaminan berhubung dengan ketepatan, kebolehpercayaan, maklumat terkini, bukan pelanggaran atau kesesuaian bagi sebarang tujuan tertentu mana-mana kandungan risalah ini. Risalah ini adalah untuk kegunaan di Republik Singapura sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai telah disediakan di luar Republik Singapura atau meyakinkan mana-mana pengguna di luar Republik Singapura untuk membeli sebarang produk insurans. Risalah ini tidak membentuk sebahagian daripada kontrak polisi atau nasihat, pelawaan atau cadangan kepada mana-mana individu untuk membeli sebarang kontrak insurans atau melibatkan diri dalam sebarang transaksi yang serupa yang dinyatakan dalam risalah ini. Maklumat adalah tepat pada 31 Mac 2017.

Back to Top